1) JALAN TIDAK RATA
- Perlahankan kenderaan
- Tukarkan atau rendahkan gear dan teruskan perjalanan.
2) SELEKOH BAHAYA
- Perlahankan kenderaan.
- Dilarang memotong
- Pandu dengan berhati - hati
3) PERSIMPANGAN JALAN / SIMPANG EMPAT
- Berhenti di setiap simpang empat
- Perhatikan kenderaan di sebelah kanan dan hadapan.
- Beri laluan kepada kenderaan dari sebelah kanan
4) LINTASAN KERETAPI BERPAGAR
- Perlahankan kenderaan ketika menghampiri tanda ini
- Berhenti dan tunggu sehingga pintu dibuka.
- Pandu dengan berhati-hati.
5) LINTASAN KERETAPI BERPAGAR AUTOMATIK
- Perlahankan kenderaan ketika menghampiri tanda ini.
- Berhenti dan tunggu sehingga pintu dibuka
- Selepas pintu dibuka pandulah dengan berhati - hati.
6) LINTASAN KERETAPI TIDAK BERPAGAR
- Perlahankan kenderaan ketika berhampiran dengan tanda ini.
- Berhenti dan tentukan tiada keretapi sebelum meneruskan perjalanan.
KEPENTINGAN MEMATUHI PAPAN TANDA DI ATAS :
- Pemandu akan lebih berhati - hati ketika memandu di jalan raya.
- Papan tanda ini dapat mengelakkan kenderaan daripada mengalami kerosakan kerana melalui jalan yang tidak rata.
- Papan tanda ini menunjukkan arah tuju pemanduan kita.
- Kita juga dapat mendisiplinkan diri ketika menggunakan jalan raya.
- Menjaga keselamatan pengguna jalan raya.
- Mengelakkan berlakunya kemalangan yang boleh meragut nyawa orang tersayang.
- Trafik akan berjalan dengan lancar sekiranya pengguna jalan raya mematuhi papan tanda tersebut.
#itu sahaja untuk hari nie..diharap dapat memberi manfaat kepada kita semua..sama-samalah kita mengurangkan kenaikan kadar kemalangan jalan raya...salam sayang daripada saya untuk anda semua...:)
0 comments:
Post a Comment