video ini khas untuk anda semua sebagai panduan ketika berada di jalan raya... smile always :)

1) JALAN TIDAK RATA


  • Perlahankan kenderaan
  • Tukarkan atau rendahkan gear dan teruskan perjalanan.



2) SELEKOH BAHAYA













  • Perlahankan kenderaan.
  • Dilarang memotong
  • Pandu dengan berhati - hati



3) PERSIMPANGAN JALAN / SIMPANG EMPAT


  • Berhenti di setiap simpang empat
  • Perhatikan kenderaan di sebelah kanan dan hadapan.
  • Beri laluan kepada kenderaan dari sebelah kanan



4) LINTASAN KERETAPI BERPAGAR


  • Perlahankan kenderaan ketika menghampiri tanda ini
  • Berhenti dan tunggu sehingga pintu dibuka.
  • Pandu dengan berhati-hati.



5) LINTASAN KERETAPI BERPAGAR AUTOMATIK


  • Perlahankan kenderaan ketika menghampiri tanda ini.
  • Berhenti dan tunggu sehingga pintu dibuka
  • Selepas pintu dibuka pandulah dengan berhati - hati.



6) LINTASAN KERETAPI TIDAK BERPAGAR


  • Perlahankan kenderaan ketika berhampiran dengan tanda ini.
  • Berhenti dan tentukan tiada keretapi sebelum meneruskan perjalanan.


KEPENTINGAN MEMATUHI PAPAN TANDA DI ATAS :
  • Pemandu akan lebih berhati - hati ketika memandu di jalan raya.
  • Papan tanda ini dapat mengelakkan kenderaan daripada mengalami kerosakan kerana melalui jalan yang tidak rata.
  • Papan tanda ini menunjukkan arah tuju pemanduan kita.
  • Kita juga dapat mendisiplinkan diri ketika menggunakan jalan raya.
  • Menjaga keselamatan pengguna jalan raya.
  • Mengelakkan berlakunya kemalangan yang boleh meragut nyawa orang tersayang.
  • Trafik akan berjalan dengan lancar sekiranya pengguna jalan raya mematuhi papan tanda tersebut.


#itu sahaja untuk hari nie..diharap dapat memberi manfaat kepada kita semua..sama-samalah kita mengurangkan kenaikan kadar kemalangan jalan raya...salam sayang daripada saya untuk anda semua...:)

tunggu yee smua !! Insya-Allah entri baru malam nie..smile.... #lots of love...
Papan tanda ? Apa itu papan tanda?

Papan tanda ialah sesuatu penunjuk arah yang memaparkan sesuatu iklan atau tanda kepada pengguna - pengguna jalan raya..Semua pengguna jalan raya hendaklah sentiasa mematuhi tanda - tanda isyarat yang ditetapkan untuk memastikan keselamatan terjamin. Oleh itu amat penting untuk kita mempelajari, mengetahui dan memahami makna serta kepentingan mematuhi setiap papan tanda isyarat lalu lintas yang digunakan di jalan raya.

Terdapat 8 bahagian tanda isyarat lalulintas :
  • TANDA ISYARAT LALULINTAS BAHAYA
  • TANDA ISYARAT LALULINTAS MEMBERITAHU
  • TANDA ISYARAT LALULINTAS SEMENTARA
  • TANDA GARISAN DI ATAS JALANRAYA
  • TANDA DAN ISYARAT TANGAN POLIS TRAFIK
  • TANDA ISYARAT TANGAN PEMANDU

Oleh itu pada entri yang akan datang, saya akan menerangkan lebih lanjut mengenai 8 bahagian tanda-tanda isyarat lalulintas yang tersebut..Mungkin saya akan menfokuskan lebih kepada tanda isyarat lalulintas bahaya,memberitahu dan sementara. Jadi tunggu pada entri yang akan datang yea...Salam sayang dari saya untuk anda semua..:)








Assalamualaikum semua !! Entri kali ini akan membawa anda menerjah budaya - budaya segelintir masyarakat yang kurang menitikberatkan soal keselamatan jalan raya..

Seperti yang anda semua lihat pada akhbar Utusan yang bertarikh 27 Mac, budaya memandu secara berhemah perlu diutamakan agar kadar kemalangan maut di jalan raya dapat dikurangkan.

Datuk Tajul Urus Mat Zain, selaku Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya ne-geri berkata, semua pihak perlulah serius dalam usaha menangani perkara tersebut.

Kempen Keselamatan Jalan Raya Bersama Agensi Penguatkuasaan Negeri Kedah telah diadakan di Persimpangan Pasar Raya Giant Sungai Petani pada 27 Mac yang lalu..Kempen ini sedikit sebanyak dapat  mendedahkan kepada pengguna jalan raya mengenai keselamatan jalan raya..Sekiranya pengguna tidak berhemah ketika berada di jalan raya, kemungkinan besar akan berlakunya insiden yang tidak diingini...

So,kali ini kepentingan kita berhemah di jalan raya adalah bagi mengurangkan kadar kemalangan dan elakkan mencederakan orang lain atas perbuatan kita sendiri..

Oleh itu di sini saya paparkan beberapa budaya segelintir masyarakat Malaysia yang kurang berhemah ketika menggunakan jalan raya :